LAWATAN DARI NEGARA JIRAN

LAWATAN PENDIDIKAN DARI SMK NEGERI 2 KASIHAN BANTUL YOGJAKARTA, INDONESIA.

MAJLIS MENJUNJUNG BUDI

MAJLIS INI DIADAKAN PADA 25 MAC 2012, AHAD SEMPENA PERPISAHAN PENGETUA SMK JENJAROM, PN HJH FOZIAH BT AZAHARI KE PPD KUALA LANGAT SEBAGAI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT. DISAMPING ITU MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PENGETUA BARU DR SMK SULTAN ABDUL SAMAD PN HJH UMRAH BT DALIMUN.

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK MULA DILANCARKAN PADA 16 ARIL 2012. DIRASMIKAN OLEH PENGETUA SMK JENJAROM, PN HJH UMRAH BT DALIMUN. ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN IALAH KUIZ SPONTAN, PAMERAN SAINS, EXPLORACE, PERTANDINGAN ROKET AIR DAN MACAM-MACAM LAGI.

PELAJAR CEMERLANG SPM 2011

NURKHAIRUNNISA BERJAYA MENDAPAT 9A DALAM SPM 2011. BELIAU MERUPAKAN PELAJAR MELAYU YANG CEMERLANG DI SMK JENJAROM.

MESYUARAT PIBG SMK JENJAROM 2012

MESYUARAT INI DIADAKAN DI DEWAN UTAMA SMK JENJAROM PADA 25 FEB 2012. MESYUARAT INI DIRASMIKAN OLEH EN ZULKIFLI DARI PPD KUALA LANGAT. SEMUA GURU DAN IBU BAPA DIWAJIBKAN HADIR KE SEKOLAH.

Saturday, April 23, 2011

Program Lambaian Kaabah 2

Program Lambaian Kaabah 2
Sekolah Menengah Kebangsaan Jenjarom 2011

Tempat: SMK Jenjarom
Tarikh: Sabtu, 23hb April 2011

Penceramah Praktikal Haji:
Tn Hj Shamsuddin bin Hj Ahmad, (Pengurus Tabung Haji Banting)

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:
Praktikal Ibadah Haji, Berniat, Wukuf, Tawaf, Sa’e, Melontar Jumrah.
Teori Ibadah Haji, Kuiz dan Sesi Soal Jawab.

Thursday, April 21, 2011

PERTANDINGAN FORUM REMAJA 2011

Pertandingan Forum Remaja Daerah Kuala Langat 2011

Tempat: SMK Jenjarom

Tarikh: 21hb April 2011
Dirasmikan oleh: Tn. Haji Abdul Talib Bin Hamid

Tempat Pertama: SAM Tinggi Tengku Ampuan Rahimah
Tempat Kedua: SMK Bandar Banting
Tempat Ketiga: SMK Jenjarom






Sunday, April 17, 2011

KEM KECEMERLANGAN ERT DAERAH KUALA LANGAT

KEM KECEMERLANGAN ERT DAERAH KUALA LANGAT
15 - 17 APRIL 2011





Saturday, April 9, 2011

Majlis Tadarus Al-Quran Daerah Kuala Langat



Majlis Tadarus Al-Quran
Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat Tahun 2011/1432H

Tarikh: 9 April 2011, Sabtu
Tempat: Dewan SMK Jenjarom


Pendahuluan
Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam ( BPI ) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini bukan sahaja berjaya mengetengahkan bakat dan minat murid tetapi juga mampu melahirkan modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat sejajar dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Objektif Program
1. Meningkatkan kefahaman, keyakinan dan penghayatan yang betul mengikut Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Memberi keutamaan dan perhatian yang sewajarnya kepada perkembangan Agama Islam dan bersungguh-sunguh dalam memartabatkan syiar Islam
3. Mendidik jiwa dan perasaan kecintaan kepada Islam dalam diri peserta melalui acara yang dipertandingakan.
4. Memupuk kemahiran pelajar dalam mendalami ilmu taranum dan menghafaz ayat-ayat suci al Quran.
Tema
Tema bagi Majlis Tadarus Al-Quran tahun ini ialah “ Al-Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang ” .
Sasaran
Program ini terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima