LAWATAN DARI NEGARA JIRAN

LAWATAN PENDIDIKAN DARI SMK NEGERI 2 KASIHAN BANTUL YOGJAKARTA, INDONESIA.

MAJLIS MENJUNJUNG BUDI

MAJLIS INI DIADAKAN PADA 25 MAC 2012, AHAD SEMPENA PERPISAHAN PENGETUA SMK JENJAROM, PN HJH FOZIAH BT AZAHARI KE PPD KUALA LANGAT SEBAGAI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT. DISAMPING ITU MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PENGETUA BARU DR SMK SULTAN ABDUL SAMAD PN HJH UMRAH BT DALIMUN.

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK MULA DILANCARKAN PADA 16 ARIL 2012. DIRASMIKAN OLEH PENGETUA SMK JENJAROM, PN HJH UMRAH BT DALIMUN. ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN IALAH KUIZ SPONTAN, PAMERAN SAINS, EXPLORACE, PERTANDINGAN ROKET AIR DAN MACAM-MACAM LAGI.

PELAJAR CEMERLANG SPM 2011

NURKHAIRUNNISA BERJAYA MENDAPAT 9A DALAM SPM 2011. BELIAU MERUPAKAN PELAJAR MELAYU YANG CEMERLANG DI SMK JENJAROM.

MESYUARAT PIBG SMK JENJAROM 2012

MESYUARAT INI DIADAKAN DI DEWAN UTAMA SMK JENJAROM PADA 25 FEB 2012. MESYUARAT INI DIRASMIKAN OLEH EN ZULKIFLI DARI PPD KUALA LANGAT. SEMUA GURU DAN IBU BAPA DIWAJIBKAN HADIR KE SEKOLAH.

Thursday, June 30, 2011

HUBUNGI SEKOLAH

ALAMAT SEKOLAH:

SMK JENJAROM
42600 JENJAROM, KUALA LANGAT, SELANGOR

NO TEL/ FAX:

03-31913977

EMEL SEKOLAH:

BEA1064@BTPNSEL.EDU.MY
SMKJENJ@YAHOO.COM

PORTAL SEKOLAH:
SMKJENJAROM.BLOGSPOT.COM

LOKASI SEKOLAH:


SEHARI BERSAMA IBUBAPA



SEHARI BERSAMA IBUBAPA
SMK JENJAROM

KHAMIS, 30 JUN 2011




Monday, June 27, 2011

PERTANDINGAN MEMASAK NESTLE/ MAGGI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

PERTANDINGAN MEMASAK NESTLE/ MAGGI PERINGKAT NEGERI SELANGOR



Tahniah! Tahniah! Tahniah kepada adik-adik kita pelajar SMK Jenjarom Tingkatan 2 kerana berjaya menjadi Johan Kategori Kreatif Young Chef Challenger.




Thursday, June 23, 2011

PROGRAM LADAP
MENAMPAL ERATA NOVEL INTERLOK TINGKATAN 5
Sabtu, 18 Jun 2011
7.30 pagi hingga 1.30 tengahari


Bermula jam 7.30 pagi semua guru SMK Jenjarom mula hadir dan mendaftar di kaunter pendaftaran. Sementara menunggu juadah sarapan pagi, para guru dihebahkan dengan ceramah ringkas tentang kesihatan. Terdapat beberapa orang guru menyertai ujian darah bagi mengenalpasti penyakit dalam darah.
Pada jam 8:30 pagi guru- guru SMK Jenjarom mula berhimpun di Bilik Wawasan 2 bagi mendengar taklimat tentang program LADAP yang bertajuk
"Menampal Erata Novel Interlok Tingkatan 5".
Pengetua SMK Jenjarom, Pn Hjh Foziah memberikan ucapan ringkas bagi memulakan majlis. Taklimat program LADAP ini diberikan oleh Ustazah Mahani tentang cara-cara menampal erata tersebut dengan menggunakan 'stickers' yang disediakan oleh kementerian. Guru- guru SMK Jenjarom dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan menerima kira-kira 30 buah novel Interlok untuk ditampal.


Kira-kira jam 12.30 novel-novel Interlok ini siap ditampal. AJK pelaksana program mengutip semua buku dan menyusun semua buku mengikut kelas- kelas. Jam 1.30, program tamat dan bersurai.

Klik di sini untuk lihat gambar.




Sunday, June 19, 2011

Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Kurikulum Pelajar 2011


Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Kurikulum Pelajar 2011


Khamis, 16 Jun 2011
2:00- 5:00 Petang
Dewan SMK Jenjarom

Dirasmikan oleh: Pn Hjh Foziah bin Azahari (Pengetua
SMK Jenjarom)


Tahniah kepada adik Liaw Huey Fen kerana mendapat kecemerlangan dalam SPM Terbaik 2011 dengan 11 A (6=A+ , 1=A dan 4=A-) dan tidak lupa juga ucapan tahniah kepada adik Tan Ping Thye kerana berjaya mendapat kecemerlangan dalam PMR 2011 dengan 8A untuk semua subjek. Tahniah juga kepada para pelajar yang mendapat tempat pertama, tempat kedua dan tempat ketiga pada setiap kelas dan tingkatan.

Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Kurikulum Pelajar 2011 kerana berjaya menjayakan majlis ini dengan penuh meriah. Terima kasih juga kepada para ibu bapa, para pelajar dan para guru kerana sudi hadir dan memberi kerjasama dengan pihak sekolah bagi melancarkan lagi perjalanan majlis ini.

Klik sini untuk lihat gambar

Sunday, June 12, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah



Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga guru dan pelajar sekelian. Diharap cuti ini dapat memberi ketenangan kepada semua warga SMK Jenjarom ini. Sekembali di sekolah banyak rutin kerja yang akan dijalankan terutama sekali AJK Pelaksana Majlis Penganugerahan Kecemerlangan Kurikulum Pelajar 2011 yang akan berlangsung pada hari Khamis, 16 Jun ini pada pukul 2.00 petang di Dewan SMK Jenjarom.


Sehubungan dengan itu, minggu ini juga bermulanya latihan rumah sukan selama 2 minggu. "Jangan lupa bagi semua ahli rumah merah dan rumah biru, esok sesi latihan bagi rumah sukan anda". Rumah sukan lain jangan bimbang, sesi latihan rumah sukan anda akan diberitahu kelak.
Sekian terima kasih.

"Majulah Sukan Untuk Sekolah SMKJ".