LAWATAN DARI NEGARA JIRAN

LAWATAN PENDIDIKAN DARI SMK NEGERI 2 KASIHAN BANTUL YOGJAKARTA, INDONESIA.

MAJLIS MENJUNJUNG BUDI

MAJLIS INI DIADAKAN PADA 25 MAC 2012, AHAD SEMPENA PERPISAHAN PENGETUA SMK JENJAROM, PN HJH FOZIAH BT AZAHARI KE PPD KUALA LANGAT SEBAGAI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA LANGAT. DISAMPING ITU MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN PENGETUA BARU DR SMK SULTAN ABDUL SAMAD PN HJH UMRAH BT DALIMUN.

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

MINGGU SAINS DAN MATEMATIK MULA DILANCARKAN PADA 16 ARIL 2012. DIRASMIKAN OLEH PENGETUA SMK JENJAROM, PN HJH UMRAH BT DALIMUN. ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN IALAH KUIZ SPONTAN, PAMERAN SAINS, EXPLORACE, PERTANDINGAN ROKET AIR DAN MACAM-MACAM LAGI.

PELAJAR CEMERLANG SPM 2011

NURKHAIRUNNISA BERJAYA MENDAPAT 9A DALAM SPM 2011. BELIAU MERUPAKAN PELAJAR MELAYU YANG CEMERLANG DI SMK JENJAROM.

MESYUARAT PIBG SMK JENJAROM 2012

MESYUARAT INI DIADAKAN DI DEWAN UTAMA SMK JENJAROM PADA 25 FEB 2012. MESYUARAT INI DIRASMIKAN OLEH EN ZULKIFLI DARI PPD KUALA LANGAT. SEMUA GURU DAN IBU BAPA DIWAJIBKAN HADIR KE SEKOLAH.

Thursday, June 23, 2011

PROGRAM LADAP
MENAMPAL ERATA NOVEL INTERLOK TINGKATAN 5
Sabtu, 18 Jun 2011
7.30 pagi hingga 1.30 tengahari


Bermula jam 7.30 pagi semua guru SMK Jenjarom mula hadir dan mendaftar di kaunter pendaftaran. Sementara menunggu juadah sarapan pagi, para guru dihebahkan dengan ceramah ringkas tentang kesihatan. Terdapat beberapa orang guru menyertai ujian darah bagi mengenalpasti penyakit dalam darah.
Pada jam 8:30 pagi guru- guru SMK Jenjarom mula berhimpun di Bilik Wawasan 2 bagi mendengar taklimat tentang program LADAP yang bertajuk
"Menampal Erata Novel Interlok Tingkatan 5".
Pengetua SMK Jenjarom, Pn Hjh Foziah memberikan ucapan ringkas bagi memulakan majlis. Taklimat program LADAP ini diberikan oleh Ustazah Mahani tentang cara-cara menampal erata tersebut dengan menggunakan 'stickers' yang disediakan oleh kementerian. Guru- guru SMK Jenjarom dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan menerima kira-kira 30 buah novel Interlok untuk ditampal.


Kira-kira jam 12.30 novel-novel Interlok ini siap ditampal. AJK pelaksana program mengutip semua buku dan menyusun semua buku mengikut kelas- kelas. Jam 1.30, program tamat dan bersurai.

Klik di sini untuk lihat gambar.




0 comments:

Post a Comment